capital

12.1.13

Ar-Rahman- Maha Pemurah

Posted by ~Aishah Puteh :) ~ at 11:33 PM
Assalamualaikum readers!
Good morningggg!

Well, we still have a chance to say "Alhamdulillah" for the breath we take :)

Now before I get things started, this post is directed to my PAI teacher, Ustaz Hafiz for my PBS.


_______________________________________________________________________

And for this entry, 
Semuanya pasal Ar-Rahman iaitu Allah bersifat maha pemurah.



AR Rahman bermaksud maha pemurah. Allah yang maha pemurah mengurniakan pelbagai jenis nikmat dan rezeki kepada rezeki dan semua hambanya tanpa mengira sama ada mereka mukmin ataupun kafir

Kita sepatutnya bersyukur dengan apa sahaja yang dikurniakannya. Antara nikmat yang diberikan termasuklah:


Minda yang cerdas
Tubuh badan yang sihat
Rezeki yang melimpah
Alquran dan Rasul sebagai penjamin kebahagiaan hidup

Tahukah anda? Setiap nafas yang kita ambil ini juga menjadi satu nikmat yang Allah kurnikan kepada kita. Betapa Allah sayangkan makhluknya. MasyaAllah :)

Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan olehNya.
Amalkanlah sikap merendah diri, berkasih sayang sesama makhluk, belas kasihan kepada orang miskin, menjauhi maksiat dan tekun mencari keredhaan Allah.

Semoga kita sentiasa dilimpahkan keberkatan dalam hidup.

Jangan pernah kita berputus asa daripada rahmat Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11"



Sebagai peringatan untuk Aishah,
Aishah akan sentiasa mengamalkan konsep bersyukur untuk menjalani kehidupan ini.
Alhamdulillah, Aishah akan sentiasa menjadikan kekurangan yang ada sebagai satu ujian.

As my parents always say:

"Kita tidak tahu apa ujian yang akan Allah berikan kepada kita. Sebagai makhluknya, kita kena sentiasa bersedia. Sebagai senjata, panjatkanlah doa kepada yang Maha Esa. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kita harus sentiasa ingat, kebahagiaan itu lebih bernilai daripada harta dan mata wang "

-Mama and Papa

























InsyaAllah :) 
_______________________________________________________________

SAMAHNA YA ALLAH :)



Till then,















♥ BE HEARD.BE PROUD.BE STRONG ♥

0 comments:

Post a Comment

footsteps here MR. & MISSIE :3

 

Miss Imperfect Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea